1 Mei 2017 - 18:22
PBB Kecam Turki Dan Mesir

Ketua Hak Asasi PBB mengritik tindakan Turki memecat para pegawai dan menahan warganya secara besar-besaran berikutan cubaan rampasan kuasa yang berlaku pada 15 Julai lepas. Beliau dalam masa yang sama turut memberi amaran kepada Mesir berhubung kesan negatif daripada tindakan keras Kaherah ke atas pihak pembangkang.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ketua Hak Asasi PBB mengritik tindakan Turki memecat para pegawai dan menahan warganya secara besar-besaran berikutan cubaan rampasan kuasa yang berlaku pada 15 Julai lepas. Beliau dalam masa yang sama turut memberi amaran kepada Mesir berhubung kesan negatif daripada tindakan keras Kaherah ke atas pihak pembangkang.

"Sangat kecil kemungkinannya bahawa penggantungan (kerja) dan penahanan tersebut akan diproses dengan mengikut prosedur biasa," kata Zeid Ra'ad al-Hussein yang memberitahu wartawan di Geneva, Switzerland pada hari Isnin.

Pegawai kanan PBB itu turut menyentuh isu penahanan anggota media dengan berkata, "Kewartawanan bukan jenayah di Turki, perkara ini adalah sebuah isu yang perlu diperhatikan dengan teliti oleh pihak kerajaan."

Kenyataan itu dibuat dua hari selepas Kementerian Undang-Undang Turki mengeluarkan sebuah arahan yang merangkumi pemecatan 3,975 orang pegawai daripada jawatan mereka.

Beliau turut mengecam tindakan keras kerajaan Mesir ke atas pihak pembangkang politik dan penyokong pro-demokrasi sambil memberi amaran bahawa perkara sedemikian hanya akan membentuk radikalisasi ekstremisme di negara Afrika Utara itu.

/315